Love cakes

Love cakes

Monday, 7 October 2013

Kek White Lady? @ Kek Cheese Bersalju...?

confius akak.... atas permintaan regular customer, nak kek white lady katanya... akak kata x buat dik... nak juga dia akak buatkan... google resepi tadaa...maveless u ollss.... nangis peminat cheese makan nih...;-p

katanye same je kak nama tu....huhu... suka hati la haha...


Resepi hasil carian google...

Bahan untuk kek:
6 biji telur (2 biji ambil kuning sahaja)
100gm gula halus
100gm tepung gandum
60gm tepung jagung
50gm air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75gm mentega (dicairkan)

 Bahan untuk krim:
250gm cream cheese
1/2 tin susu pekat manis, lebih pun boleh ;-)
* diputar sehingga berkrim dan tidak berketul-ketul

Bahan untuk topping -parutan cheddar cheese ikut nafsu nak letak berapa banyak ;-p

Cara:
1) Masukkan semua bahan kecuali mentega cair dan putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih, barulah masukkan mentega dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.
2) Bakar dengan api atas bawah pada suhu 150 darjah celcius selama 45 minit ke 1 jam.
3) Setelah masak dan disejukkan, belah ditengah kek dan sapukan adunan krim untuk filling dan lebihan krim salutkan keseluruhan kek. Akhir sekali, taburkan cheese yang diparut diatasnya.
4) Sejukkan selama sejam ke dua jam sebelum ngapp untuk mendapatkan kepuasan berganda gitu... :-D


p/s gambar di atas akak buat separuh adunan je nak testing ;-) gune bekas 7inci.



Selamat Mencuba...

1 comment:

  1. Puan Mas...kita dah try dah..huhu best gak lah rasanya

    ReplyDelete