Love cakes

Love cakes

Monday, 9 December 2013

Heaven peacan butterscotch cake

Yummyyyy.... sodap btul kek nihh.... baru try huhu... buat masa sambut besday mak mertuaku. .. buat mkn2 dirumah ;) kacang peacan mahal mmmm..... padan la dgn rasanye.. sedap... tgk ni ;-)


Fuuhhh.... tringat2 smpai skrag... sedapnye kacang peacan bila dh di karemal....

selain tu nak share beberapa gambar kek yg orang tempah... jom layann.... Cupcake oreo And coklat tema mini zoo yg comeii kan huhu... kek hantaran untuk sepupu, kek barbie muslimah seperti biasa produk yg mendapat tempahan ramai ;-).... 






aayooo..... baby dh bangun nak nenennn... hehe bye..bye... 




Thank you ;-)

Friday, 25 October 2013

salam jumaat...

Meh...meh nak syer gambar deco kek permintaan customer akakkk...;)










Monday, 7 October 2013

Kek White Lady? @ Kek Cheese Bersalju...?

confius akak.... atas permintaan regular customer, nak kek white lady katanya... akak kata x buat dik... nak juga dia akak buatkan... google resepi tadaa...maveless u ollss.... nangis peminat cheese makan nih...;-p

katanye same je kak nama tu....huhu... suka hati la haha...


Resepi hasil carian google...

Bahan untuk kek:
6 biji telur (2 biji ambil kuning sahaja)
100gm gula halus
100gm tepung gandum
60gm tepung jagung
50gm air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75gm mentega (dicairkan)

 Bahan untuk krim:
250gm cream cheese
1/2 tin susu pekat manis, lebih pun boleh ;-)
* diputar sehingga berkrim dan tidak berketul-ketul

Bahan untuk topping -parutan cheddar cheese ikut nafsu nak letak berapa banyak ;-p

Cara:
1) Masukkan semua bahan kecuali mentega cair dan putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih, barulah masukkan mentega dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.
2) Bakar dengan api atas bawah pada suhu 150 darjah celcius selama 45 minit ke 1 jam.
3) Setelah masak dan disejukkan, belah ditengah kek dan sapukan adunan krim untuk filling dan lebihan krim salutkan keseluruhan kek. Akhir sekali, taburkan cheese yang diparut diatasnya.
4) Sejukkan selama sejam ke dua jam sebelum ngapp untuk mendapatkan kepuasan berganda gitu... :-D


p/s gambar di atas akak buat separuh adunan je nak testing ;-) gune bekas 7inci.



Selamat Mencuba...

Senyum...

Senyum.. tak perlu kata apa-apa... senyummmm...

*versi malas mengupdate blog... buruk perangai ;-p"









Friday, 20 September 2013

Alhamdulillah selamat melahirkan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah selamat melahirkan pada 23 Julai yang lalu, dah habis pantang dah pun :-) sonyum lebar...hikk.. nak syer gambar kek yang teringat nak ambil, maklumlah byk urat putus, gambar kek barbie muslimah yang buat untuk anak pun terlupa nak ambik huhu.... mana ade je le...




inilah baby saya, Muhammad Thaqif Azka.. minggu depan masuk dua bulan. Alhamdulillah selamat melahirkan.


Alhamdulillah dapat dah sepasang ;-)


Monday, 27 May 2013

Mungkinkah terakhir sebelum...

Tak sangka masih mampu ku gagahkan jua menerima tempahan dalam saat-saat kandungan dah mencecah lapan bulan huhu..pastu terbaring saje akak dik.... maklumlah kandungan besar dari biasa, doktor kata air ketuban banyak terpaksa refer doktor pakar..harapnye xde apa2 dan selamat semuanya,... mungkinkah ni kek yang terakhir sebelum bersalin huhu... tp kalau x buat kek macam x berseri hari-hariku :-)

entry kali ni nak syer gambar deko Kek Russian Black & White tempahan dari biras ku untuk sambutan hari guru di sekolah tempat dia mengajar, kek barbie muslimah dan Kek Rainbow tempahan dari jiran depan rumah. Alhamdulillah maklum balas yang diterima buatku gembira, sedap dan cantik! tapi xdapat nak terima tempahan mungkin sehingga bulan September... itupun bergantung kepada kesihatan.. kalau gatal je tangan ni nak terima tempahan mungkin akak ambik dik non....huhu...wallahualam.





ini budak tecik x lama lagi dah jadi kakak... pandai curi2 ambik liptik ibu dlm handbag 'dah pakai liptik, macam princess katanya' huhu... budak2 perempuan x ajar pun tahu sendiri mana nak colet liptik.... :-)


Tuesday, 16 April 2013

Nak kek ada motor pulak...

Halooo....macam biasa tajuk memang direct to the point haha.. Kek Red Velvet kali ni atas permintaan customer nak deco ada motor, kek bentuk love gitu... akakkk first time buat motor bajet ala-ala Ducati huhu....yang penting customer suka and bagi feedback tanpa ditanya 'akak kek akak sedap' sejuk hati akakk... Alhamdulillah customer puas hati. Selain itu, selitkan juga gambar Kek Russian Black and White kegemaran ramai dengan deco yang simple serta cupcake untuk hantaran pertunangan, deconya request by customer...






   


Sebagai penutup akakk nak buat pesanan khidmat masyarakat gitu..... excited la katakan first time nak mengundi, terasa muda...huhu... mari gi mengundi reramai okay, sekarang dah boleh semak tempat mengundi...google je laman web spr mcm gambar kat bawah atau taip la perkataan berkaitan contohnye daftar pemilih pru 13 mesti keluar laman web berkaitan.... mudah je nak semak tapi pastikan dah mendaftar sebagai pengundi, untuk semak hanya masukkan no ic je terus keluar paparan tempat untuk kita mengundi. Selamat Mengundi u olls! ;-)




kalau x daftar sebagai pengundi lagi...duduk la senyap-senyap dalam bakul kat rumah okehhh macam anak akakk nih huhu..... jumpa lagi... with luv!


Monday, 18 March 2013

Kek bentuk kereta

Assalamualaikum... :-)


Nak share kek bentuk kereta...first attempt..:-) tq to idrawati from shah alam yang tempah kek kereta dan kek barbie. Diselitkan juga beberapa gambar kek lain termasuklah wedding cake.