Love cakes

Love cakes

Wednesday, 19 September 2012

Pujian

Assalamualaikum semua.

Tajuk hari ini sengaja aku pilih, mungkin boleh dijadikan renungan juga untuk kita fikirkan bersama... dalam serba kekurangan diri ini belajar sedikit demi sedikit kemahiran serba serbi berkaitan kek samada dari segi teknik membakar, resepi, dekorasi dsb. banyak yang aku pelajari melalui penggunaan internet sahaja.. Alhamdulillah tidak sukar bagi ku untuk mempelajarinya mungkin itu kelebihan yang Allah berikan kepada ku dalam entah berapa ribu mahupun jutaan nikmat yang dilimpahkan olehNya buat hamba yang hina dina dan serba kekurangannya ini...

Dalam pada meniti hari-hari itu...banyak juga ku terima pujian yang menyatakan kepuasan hati pelanggan di atas kek yang dibuat oleh ku.. lebih membuatkan ku terharu apabila pelanggan yang mengucapkan terima kasih kerana buatkan mereka kek yang sedap dan dekorasi yang cantik... ada juga yang telefon dan mesej menyatakan kagum dengan hasil tanganku... Allahuakbar... mungkin mereka tak sangka aku ada bakat mendekorasi kek maklum la belajar civil engineering.. ke lain pulak bidang yang kau minat rupanyer... 360 degree tak tepat huhuu.... melangit benar rasanya pujian seperti itu buatku yang masih mentah dalam bidang ini...  kadang kala teramat malu untuk dikongsikan melalui penulisan.. kerana semuanya pinjaman Allah... mungkin esok lusa boleh jadi kek itu sedap atau sebaliknya... kerana nikmat yang diberikan kepada manusia itu berbeda-beda...

Alhamdulillah, entry kali ini ingin ku kongsikan beberapa dekorasi antara tempahan yang diterima... gambar yang mana sempat ambik je...selitkan juga pujian dari pelanggan.. kepuasan pelanggan kegembiraan ku.. kalau pelanggan complaint memang tak boleh tidur malam... first time masukkan pujian orang.. sesuaaaiiii ke...??? Pujian ini hanyalah untuk tujuan promosi tiada niat membangga diri.. insyaallah..



Tempahan choc.moist cake nak deco simple je.. tapi tak lengkap rasanya tanpa dekorasi
kerana tangan ini suka sangat nak deko kek, saat yang ditunggu-tunggu.

Kek Rainbow ini tempahan dari Rini dari BBR Design International
untuk sambutan hair lahir staff bulan september.. katanya ramai puji kek sedap,
deko cantik dengan kombinasi warna.. boss kata exotic cake.

Ini percubaan pertamaku... Blueberry cheese tart... sebenarnya dah lama nak buat baru hari ni rajin
itupun sebab nak cuba dekorasi tart tu macam best jerr.... shell tu aku beli jerr... cume buat filling dengan deko, menjadi! bukan untuk dijual.. just makan2 lagipun buat untuk pot luck en.suami ada jamuan di ofis.

Sampai disini dulu ye... segala yang baik itu dari Allah, dan segala kekurangan itu adalah dari kelemahan ku sendiri..

Wassalam.

No comments:

Post a Comment