Love cakes

Love cakes

Wednesday, 26 September 2012

Kekejuan hidup...

assalamualaikum...

menerima khabar sahabat baik menerima rawatan di hospital telah hampir dua bulan. amat meresahkan dan tidur pun masih memikirkan.. kerana sezaman yang berlalu telah kita harungi saat suka duka bersama. mana mungkin hati tenteram... pada Allah jualah kami panjatkan doa agar segala yang terbaik buat hamba2 Nya.

seringkali kita ini tidak benar-benar merasakan nikmat sesuatu kejadian mahupun peristiwa sehingga ianya pergi menjauh dan hilang untuk kita terus nikmati dan miliki... saat itu kesedihan datang menjengah yang kadangkala keperitannya terasa sehingga ke lubuk hati yang paling dalam..seumur hidup untuk melupakan... namun dalam kesedihan itu seolah-olah ada tali yang dicampakkan untuk kita mengikat diri daripada terus tenggelam dengan nikmat duniawi yang sememangnya tidak pernah kita miliki malahan hanya dipinjamkan... kita bagai ditarik-tarik agar lebih dekat padaNya.. namun adakah kita sedar?.. dalam keadaan apapun Dia tetap dekat dengan kita namun kita yang seringkali menjauh daripadaNya... sedangkan dariNya kita berasal dan kepadaNya jua kita akan kembali.... mohon la dariNya...

Firman Allah SWT : 'Dan jika hamba-hambaku bertanya tentang Aku, maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku dekat. Aku akan kabulkan doa orang yang berdoa kepadaKu. (Al-Baqarah 2:186)


monolog di malam hari untuk renungan bersama.....

kekejuan hati yang lembut bagai kapas....;-)

Japanese Cotton Cheesse Cake yang sangat lembut dan gebu
penuh dengan rasa keju.. gambar adalah setengah adunan

Blog ni dah rasa macam diari untuk meluahkan perasaan... baru boleh tidur lena... dah syer perasaan yang terpendam dan penuh makna.

wassalam.

Wednesday, 19 September 2012

Pujian

Assalamualaikum semua.

Tajuk hari ini sengaja aku pilih, mungkin boleh dijadikan renungan juga untuk kita fikirkan bersama... dalam serba kekurangan diri ini belajar sedikit demi sedikit kemahiran serba serbi berkaitan kek samada dari segi teknik membakar, resepi, dekorasi dsb. banyak yang aku pelajari melalui penggunaan internet sahaja.. Alhamdulillah tidak sukar bagi ku untuk mempelajarinya mungkin itu kelebihan yang Allah berikan kepada ku dalam entah berapa ribu mahupun jutaan nikmat yang dilimpahkan olehNya buat hamba yang hina dina dan serba kekurangannya ini...

Dalam pada meniti hari-hari itu...banyak juga ku terima pujian yang menyatakan kepuasan hati pelanggan di atas kek yang dibuat oleh ku.. lebih membuatkan ku terharu apabila pelanggan yang mengucapkan terima kasih kerana buatkan mereka kek yang sedap dan dekorasi yang cantik... ada juga yang telefon dan mesej menyatakan kagum dengan hasil tanganku... Allahuakbar... mungkin mereka tak sangka aku ada bakat mendekorasi kek maklum la belajar civil engineering.. ke lain pulak bidang yang kau minat rupanyer... 360 degree tak tepat huhuu.... melangit benar rasanya pujian seperti itu buatku yang masih mentah dalam bidang ini...  kadang kala teramat malu untuk dikongsikan melalui penulisan.. kerana semuanya pinjaman Allah... mungkin esok lusa boleh jadi kek itu sedap atau sebaliknya... kerana nikmat yang diberikan kepada manusia itu berbeda-beda...

Alhamdulillah, entry kali ini ingin ku kongsikan beberapa dekorasi antara tempahan yang diterima... gambar yang mana sempat ambik je...selitkan juga pujian dari pelanggan.. kepuasan pelanggan kegembiraan ku.. kalau pelanggan complaint memang tak boleh tidur malam... first time masukkan pujian orang.. sesuaaaiiii ke...??? Pujian ini hanyalah untuk tujuan promosi tiada niat membangga diri.. insyaallah..



Tempahan choc.moist cake nak deco simple je.. tapi tak lengkap rasanya tanpa dekorasi
kerana tangan ini suka sangat nak deko kek, saat yang ditunggu-tunggu.

Kek Rainbow ini tempahan dari Rini dari BBR Design International
untuk sambutan hair lahir staff bulan september.. katanya ramai puji kek sedap,
deko cantik dengan kombinasi warna.. boss kata exotic cake.

Ini percubaan pertamaku... Blueberry cheese tart... sebenarnya dah lama nak buat baru hari ni rajin
itupun sebab nak cuba dekorasi tart tu macam best jerr.... shell tu aku beli jerr... cume buat filling dengan deko, menjadi! bukan untuk dijual.. just makan2 lagipun buat untuk pot luck en.suami ada jamuan di ofis.

Sampai disini dulu ye... segala yang baik itu dari Allah, dan segala kekurangan itu adalah dari kelemahan ku sendiri..

Wassalam.

Monday, 10 September 2012

Happy Birthday anak ibu

Hari ini 10 September 2012, Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Kedua..Nur Kaisah Insyirah Binti Mohamad Fuad... masih segar diingatan pada 6.50 petang 1 Syawal tahun 2010 anak ibu dilahirkan.

Semoga anak ibu menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Amin.


Special ibu buatkan kek untuk anakanda tersayang .. Russian Black and White Cake ;-)

kek choc moist yang dilapisi coklat ganache dan cream cheese
yang diperkayakan lagi dengan rasa coffee...yummmyyyy..


topping coklat ganache

kaisah dan atuk, lama atuk jaga kaisah dari baby hingga setahun lebih,
sekarang ibu pulak jaga kui..kui...



Kaisah yang teringin nak jadi baby tecik lagi..uwweeerkkkkk!!!!...... muahhhhhh!
aloolooll baby...tomei..tomei...
Lots of love!

Thursday, 6 September 2012

cupcake raya...

nak share gambar tempahan dari jiran untuk open house dan besday anaknyerr....


daaaaa....