Love cakes

Love cakes

Tuesday, 28 August 2012

Foto Raya 2012

You ollsss...

biase kalau bergambar rayo mesti gamat dengan macam-macam kerenahkan..korang camno.. tegak je kerrr... huhu.. baik belah parents sendiri mahupun family sebelah suami, sangat la... bermacam ragam.. itu la nostalgia betul tak?

dalam gambar ambik ko muka sensorang control..nak nangis pun macam x jadi nangis, ala2 confius gituu... padahal.... air mata tu dah bertakung tunggu nak tumpah... bebudak la kan.. xkan org tua sedih nak ambik gambor.. budak2 biasala kene marah x ikut kata orang tua hahaa....

jom tengok gelagat gambar yang dianggap jadi dengan tak jadi semasa sesi bergambar raya di rumah ku dan juga mertua....

Aksi 1: Sebelahku

Gambar sefamili yang jadi cuma famili adik lelaki ku ijam takdo
Yang tak jadi... Tu dia.. tukang klik timer (adik ipar) x sempat berlari masuk..
dengan laki aku songkok pun x pakai haha..

Aksi 2: Sebelah suami

Dianggap jadi... dengan posisi ini setelah puas memujuk
Yang tak jadi... Tengok biras aku tgh 'aim' anak dia yang kat depan tu menunduk.. kene tegur, nangis terus,
lari tak mau bergambar.. pujuk nye pujuk nak duduk kat abah dia huhu... tragis ;-D


Aksi-aksi lain, korang tengok la sendiri dan cari perbezaan haha...


Mak mertua dengan cucu-cucu.. comelnyerr mereka bergambar :p

  
 



Ni yang sobonar eee...anak aku dengan anak adik ipar aku x mau bergambar..huhu


Ni famili abang sulong ku...


hehe.. nangis bila ibu x bagi bergambar dengan botol susu..
cuba tengok gambar di atas.. bahagiakan dengan botol susu :-)


Begitulah realiti kehidupan kita seharian... x semua yang kita rasa betul, orang lain rasa betul, x semua yang kita suka, orang lain pun suka, pendek kata realiti kehidupan ini pelbagai dan kadangkala tidak seburuk atau tidak seindah lukisan di atas kanvas mahupun rakaman foto.. apa yang jadi penentu adalah diri kita untuk saling toleransi dan apa yang penting?!!!!! KERJASAMA hahah...


but foto raya the most i like tahun ini adalah... di bawah bcoz..... rasa macam kanak-kanak tua yang disayangi.. cume tak cukup seorang adik yang beraya di rumah mertua...sob..sob..


untuk makluman.. bantal itu berada disitu bertujuan
untuk cover 'bahagian tertentu' yang terbesar... ahaha..... malu arrr....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
DARI KAMI SEKELUARGA

 NOR MASLINI HAIYU BINTI ROSLI

MOHAMAD FUAD BIN MOHAMAD

NUR KAISAH INSYIRAH




PEACE NO WAR ;D

Salam Aidilfitri

Subhanallah.. pantas sungguh masa berlalu..sudah 10 Syawal berlalu.. masih tidak terlewat lagi rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat kenalan semua. Raya tahun ni Alhamdulillah tidak terasa sedikit pun kekurangan malah merasa cukup bahagia.. setelah tamat pengajian, rasanya ini tahun pertama beraya dengan tidak berkerjaya.. cume berniaga kecil-kecilan dari runah.. mungkin ini lah yang dikatakan keberkatan meniaga seperti sunnah Rasulullah.

Alhamdulillah..hati akan menjadi lapang sekiranya kita bersyukur, kerana Maha Luas nikmat Allah berikan sehingga kita tidak mampu menafikannya.. dalam bergembira menyambut hari yang mulia ini, jangan lupa ibadah, sekiranya mampu jom kita mengimarahkan puasa sunat di bulan Syawal ini, besar pahalanya :-)

Dikesempatan ini, aku ingin berkongsi gambar-gambar antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan sehingga minggu pertama Syawal, insyaallah.


Kek Choc Moist tempahan dari jiran sebelah rumah untuk isteri tersayang

Kek Deko Kebaya untuk hantaran perkahwinan pada 6 Syawal


Tempahan Rainbow Cake dengan tema princess

Rainbow Cake- Edible image Ana Muslim buat anak buah  

Tempahan pada bulan Ramadhan Rainbow Cake dan Cupcake
 untuk sambutan hari lahir mengikut design yang diminta

muffin coklat RM1.50 sebiji, minimum 25biji


Brownies layer cheese yang tidak jemu-jemu mendapat tempahan

Coklat tema putih - merah

Side income di bulan puasa, menerima tempahan coklat dan juga biskut Almond London

Cupcake Milo

Alhamdulillah, bulan Ramadhan bukan sahaja bulan yang dijanjikan keberkatan malah bulan yang penuh dengan rezeki yang mencurah-curah bagi peniaga seperti aku... walaupun kecil-kecilan, tapi ibadah jangan dilupakan.. pendek kata bagi yang ada cita-cita nak meniaga teruskan, Insyaallah ada keberkatan sekiranya ada niat mengikut sunnah nabi dan pastikan produk yang dihasilkan perlulah sehabis baik memenuhi citarasa pelanggan dan yang paling penting pastikan halal serta memenuhi hukum syarak, itu adalah tanggungjawab peniaga yang menjual kerana pastinya pelanggan mahukan yang terbaik dan memberikan kepercayaan kepada peniaga apabila mereka berurusniaga dengan kita... betulkan ;-)

Next entry nak kongsi-kongsi gambar raya la... Selamat Hari Raya!!!