Love cakes

Love cakes

Wednesday, 20 June 2012

Happy Father's Day

Assalamualaikum....


Alhamdulillah, berkesempatan lagi untuk berkongsi deco kek sempena hari bapa tahun ini.....

Kek Choc Moist digubah menjadi kemeja

My label sticker

Kek Pelangi ini khas untuk suami tercinta.... simple deco with 'big heart'

Kek Pelangi/Rainbow Cake yang sedap disaluti dengan cream cheese
sungguh mengasyikkan...heehehee... keknye moist...

Belanja mak and abah makan di Saba Restaurant, Cyberjaya...
Masa nak hantar mak dan abah pulang.. Kaisah nangis nak ikut atuk dan neneknye...
budak kecik pun tahu erti kasih sayang... baru  1 tahun 9 bulan umurnye..
masa peluk nenek sambil nangis dia kata ayannng....
syahdu rasanye.. semoga anak ibu jadi anak yang solehah...

Jangan sia-siakan kehadiran ibu bapa dalam kehidupan kita.. kehadiran mereka membuatkan kita merasa sarat dengan kekayaan... kaya dengan kasih dan sayang..

Seandainya mereka tiada....kekayaan melimpah pun tiada dapat membeli kasih sayang ibu bapa kita....

Masih jelas diingatan setiap sejarah yang berlalu...walau dalam keadaan apa sekalipun.. mak abah tetap sentiasa merasai susah dan senang bersama anaknya ini...

Salah satu peristiwa yang memberikan kesan yang paling besar dalam hidupku...iaitu ketika frust bercinta.... mak dan abah banyak memberikan sokongan... apa yang menguatkan semangat aku ketika itu...apabila melihat sendiri air mata mak mengalir.... kata-kata sebelah pihak sane membuatkan mak menangis.. aku sebagai anak pun tak pernah buat mak menangis.. tapi kerana 'orang asing' itu mak menangis...apa ertinya? sejak itu aku tekad tidak akan menoleh kebelakang lagi... tanpa dendam... manakala abah pula dalam diam memotong dengan teliti setiap gambar bersama si dia di zaman universiti ku... kulihat semua gambarku bersama si dia yang ku susun kemas di dalam album telah dipotong rapi..hanya tinggal gambar ku seorang.... aku tahu.. sekeras-keras hati seorang bapa... luluh hatinya sekiranya melihat anaknya bersedih... maafkan nini membuatkan mak dan abah bersedih... aku tidak berniat membuat mak dan abah bersedih.. sejak itu aku gagahkan diri dan memujuk hati dengan belajar erti beriman kepada qada' dan qadar Illahi...

Tuhan Maha Kaya.. aku semakin menyedari kasih sayang mak dan abah... kini setelah mempunyai anak.. perasaan sayang itu semakin membara... aku semakin kenal erti kasih dan sayang terhadap ibu dan bapa... syukur juga aku mendapat jodoh yang juga menjadi inspirasiku...kerana dia juga terlalu sayang dan kasihkan ibunya....Alhamdulillah.

Kasihnya ibu membawa ke syurga..kasih ayah sanggup berkorban...

Kami sayang mak dan abah!

No comments:

Post a Comment