Love cakes

Love cakes

Saturday, 18 February 2012

Homemade Chocolate

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah dapat ilham dan masih diberikan kekuatan untuk meneruskan usaha.. hari ini nak memperkenalkan produk baru yang saya cuba usahakan, coklat buat di rumah ;)

Saya menggunakan coklat compound jenama Beryl's, insyaallah ada persijilan halal JAKIM.. So, tuan-tuan puan-puan tak perlu risau untuk menyantapnya dengan yummyyy... saya juga agak cerewet dalam pemilihan bahan mentahnya..takut bagi makan kat orang yang tak halal, masuk api neraka.. nauzubillah. Saya cuba yang terbaik untuk mencari untuk anda yang halalan toyyiba, Insyaallah.

Setakat ini saya telah mencuba filling/inti bagi coklat tersebut dengan badam dan juga coklat ganache, Alhamdulillah, sedap. Walau bagaimanapun, bagi tujuan tempahan terpulang kepada anda saya akan cuba untuk membuat coklat mengikut selera anda begitu juga dari segi bentuk, pilihan warna dan juga cara pembungkusan.

Jom tengok antara coklat yang dihasilkan. Sesuai untuk doorgift, juadah dalam balang semasa perayaan, hantaran dan sebagainya. Coklat-coklat ini boleh dihias mengikut pilihan anda. Kalau nak tempah sila emel mashaiyu_83@yahoo.com atau sms saya di talian 012-2924390.

White Chocolate & Dark Chocolate




Okay, sehingga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment