Love cakes

Love cakes

Sunday, 19 February 2012

Donat yang tembam

Hai..allll!

Nak tak resepi donat yang tembam, tak ingat ambik mane resepi nih tapi sangat menjadi.. walaupun saya memandai buat setengah kilo.. resepi ni untuk sekilo tepung tau. setengah kilo pun dah puas makan dah boleh bagi jiran dan hantar rumah mak lagi..;)

Bahan-bahan

1 kg tepung gandum
1 peket Yis mauripan
1 1/2 cawan air
2 biji telur
1 cawan butter/majerin
2/3 tin susu pekat
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk penaik
sedikit gula dalam 2 ke 3 sudu just nak bagi rasa seimbang, x letak pun x pe

Gula aising/gula halus secukupnye untuk salut donut.
 Cara-caranya:


1. Bancuh yis mauripan dengan air suam sehingga berbuih dalam 10 minit. Pastu gune air yang 1 1/2 cawan tadi untuk larutkan gula dan garam.
2. Campurkan semua bahan dan tuang air sedikit demi sedikit mengikut keperluan adunan. Uli hingga licin, kalau lembik sangat tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga tidak terlalu melekat.
3. Tutup adunan dan biarkan naik/kembang sekali ganda dari saiz asal dalam 30 minit.
4. Tekap bentuk yang dingini (kalau donat bentuk bulat la kan hehe... aku gune gelas jek..dapat bentuk bulat pastu tonyoh dengan telunjuk untuk lubangkannyyeeee...) dan letak kepingan donut yang telah dibentuk di dalam dulang yang ditaburkan tepung supaya tak melekat. Kalau nak bagi lagi tembam lepas dah bentukkan boleh tunggu lagi 30-40 minit sebelum goreng.
5. Pastu goreng la sehingga kekuningan... sediakan gula halus ditepi, angkat dah tos minyak terus letak kat gula kalau lambat tak melekat.

Selamat mencuba....... jom layan gambar donat tembam nih.




Embammmmnyee..

Hoo.hooo...... sedappppp!

Gebussss...!

Lebih-lebih tepung.. boleh buat pizza.. kat atas ni tomato pizza.
 K, cau cin cau..

No comments:

Post a Comment