Love cakes

Love cakes

Saturday, 25 February 2012

Choco Box

Assalamualaikum,

Just very short entry to promote kotak cinta ini, love shape pun ada. Sesuai untuk hantaran dan pelbagai cara menggubah boleh dibuat. Jom tengok!





Sunday, 19 February 2012

Donat yang tembam

Hai..allll!

Nak tak resepi donat yang tembam, tak ingat ambik mane resepi nih tapi sangat menjadi.. walaupun saya memandai buat setengah kilo.. resepi ni untuk sekilo tepung tau. setengah kilo pun dah puas makan dah boleh bagi jiran dan hantar rumah mak lagi..;)

Bahan-bahan

1 kg tepung gandum
1 peket Yis mauripan
1 1/2 cawan air
2 biji telur
1 cawan butter/majerin
2/3 tin susu pekat
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk penaik
sedikit gula dalam 2 ke 3 sudu just nak bagi rasa seimbang, x letak pun x pe

Gula aising/gula halus secukupnye untuk salut donut.
 Cara-caranya:


1. Bancuh yis mauripan dengan air suam sehingga berbuih dalam 10 minit. Pastu gune air yang 1 1/2 cawan tadi untuk larutkan gula dan garam.
2. Campurkan semua bahan dan tuang air sedikit demi sedikit mengikut keperluan adunan. Uli hingga licin, kalau lembik sangat tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga tidak terlalu melekat.
3. Tutup adunan dan biarkan naik/kembang sekali ganda dari saiz asal dalam 30 minit.
4. Tekap bentuk yang dingini (kalau donat bentuk bulat la kan hehe... aku gune gelas jek..dapat bentuk bulat pastu tonyoh dengan telunjuk untuk lubangkannyyeeee...) dan letak kepingan donut yang telah dibentuk di dalam dulang yang ditaburkan tepung supaya tak melekat. Kalau nak bagi lagi tembam lepas dah bentukkan boleh tunggu lagi 30-40 minit sebelum goreng.
5. Pastu goreng la sehingga kekuningan... sediakan gula halus ditepi, angkat dah tos minyak terus letak kat gula kalau lambat tak melekat.

Selamat mencuba....... jom layan gambar donat tembam nih.




Embammmmnyee..

Hoo.hooo...... sedappppp!

Gebussss...!

Lebih-lebih tepung.. boleh buat pizza.. kat atas ni tomato pizza.
 K, cau cin cau..

Saturday, 18 February 2012

Homemade Chocolate

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah dapat ilham dan masih diberikan kekuatan untuk meneruskan usaha.. hari ini nak memperkenalkan produk baru yang saya cuba usahakan, coklat buat di rumah ;)

Saya menggunakan coklat compound jenama Beryl's, insyaallah ada persijilan halal JAKIM.. So, tuan-tuan puan-puan tak perlu risau untuk menyantapnya dengan yummyyy... saya juga agak cerewet dalam pemilihan bahan mentahnya..takut bagi makan kat orang yang tak halal, masuk api neraka.. nauzubillah. Saya cuba yang terbaik untuk mencari untuk anda yang halalan toyyiba, Insyaallah.

Setakat ini saya telah mencuba filling/inti bagi coklat tersebut dengan badam dan juga coklat ganache, Alhamdulillah, sedap. Walau bagaimanapun, bagi tujuan tempahan terpulang kepada anda saya akan cuba untuk membuat coklat mengikut selera anda begitu juga dari segi bentuk, pilihan warna dan juga cara pembungkusan.

Jom tengok antara coklat yang dihasilkan. Sesuai untuk doorgift, juadah dalam balang semasa perayaan, hantaran dan sebagainya. Coklat-coklat ini boleh dihias mengikut pilihan anda. Kalau nak tempah sila emel mashaiyu_83@yahoo.com atau sms saya di talian 012-2924390.

White Chocolate & Dark Chocolate




Okay, sehingga berjumpa lagi.

Wednesday, 15 February 2012

Burung Marah & Lil' bee

Assalamualaikum.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian... hari ni nak ceria pasal burung... nape ek ramai yang minat burung marah tu?.. angry bird! Aku bukan la peminat game jadi sangat la x tahu asal usul binatang ni menjadi kegilaan ramai sehingga la hubby yang bagi tahu bcoz dia  memang suka main game...play station ke, pc game, handphone game ke x kira asal game.... boleh tekan-tekan huhu... yang menarik perhatian aku cume la watak angry bird nih...very cute! u know what i found? see......

and its inspired me to make apam versi angry bird and little bee kerana kecomelannya..

wujud rupanye ikon dalam game tu.. cute!


apam polkadot yang telah ditukar versi angry bird


Sangat teruja untuk mencuba deco apam polkadot jadi apam angry bird dan juga lebah kecik... sangat comel, lepas ni boleh la pelbagaikan lagi deco apam ni..fun!

see my soldiersss..... very cute!

little bee...buzzzzzz!


Tuesday, 14 February 2012

Semerah Bukit itu.. Part 3

sambung lagii..Part 3.

Banyak gambar kat camera malas nak transfer..ni semua gambar dalam tab 7 plus gedabak kesayangan aku hehe.. rating untuk percutian di sini 4 star daripada 5. Korang tengok2 la kalau rasa nak gi, bebaloi gak lagipun orang Melayu nyer.. support la barangan tempatan..caiyok!!!!

Jeti untuk ke Pulau Orang Utan

Bot ni la yang akan membawa kita ke Pulau Orang Utan.

Price Board untuk korang bajet-bajet kan..huhu. nampak kot.

Budak tomei dah nak balik.. bye..bye Bukit Merah.. we really enjoy! Sampai dah tak larat nak jalan.

oppss... ada lagi.. kat sini kira happening jugak tau, ada macam2 games token.. aku pun first time naik kete langgar.... nak jugakkk...

Main la sampai puas si kaisah naik segala mende ni...

Sekitar ecopark..

Tak lengkap rasanye tak masukkan gambar ayam ni.. feveret anak ku... kaisah.. trademark.. kokok ayeeeeem, qalqalah kene betul heh.. hanya dia yang tahu menyebutnye.

Model cilik tunggu nak mamam........



Ok, thats all pasal Bukit Merah, Sorry banyak sangat part... maklumlah gune tab ni lembab skiet.. sangat susah mengetuk skrin..... laptop besar sangat nak riba haha.. cakap je la malas.... okey la thank you for read this entry.



Semerah Bukit itu..part 2

.....Part 2.


 Banyak juga aktiviti outdoor yang kita boleh lakukan di sini, antaranya manda-manda di Water Park, menziarah kaum keluarga spesis orang utan di seberang tasik dengan menaiki bot...best!, mini zoo Eco Park pun ada, lanskap zoo ni sgt dekat dgn pengunjung, boleh tgk haiwan dengan dekat, ada juga Sky cycle, chair lift...gambar-gambar kat bawah nanti mungkin boleh membantu anda memahami apa yang aku maksudkan huhu... kat sini juga ada tempat disediakan untuk memancing, berbasikal dan juga naik motor roda tiga yg tayar besar tu... lupa namanye..tgc..tgv.. korang checkadout la sendiri nanti kat sane.

kat water park ni x banyak gambar coz brg semua masuk peti besi.. nak enjoy cukup-cukup huhu.




Ni nak tunjuk betapa dekatnye korang boleh tengok haiwan kat EcoPark, Merak ni action betul.. time aku tengok dia... dia mula mengembang ekor..cantiknye.. Subhanallah.

Kolam ikan

Iguana

Lupa dah nama.. malas sungguh.

Ini la Sky cycle, kayuh dengan tangan ok.. agak scary gak.. yang kayuh dok belakang.

Landasan Sky cycle, pemandangan kalau naik ni adalah tasik dan juga sebahagian kawasan ecopark.

Ini pula chair lift... we all tak naik coz kaisah tak cukup tinggi.. see gambar bawah.

Not permitted on this ride if you are bellow 90cm in height.. pemandangannye sekitar waterpark.

Saje nak tunjuk pemandangan kalau naik Sky cycle.. boleh intai resort yang harge RM800 tu hehe..

Sambung Part 3 pulak la ek.. panjang sangat.



Semerah Bukit itu. part 1

Hai alls.

Seperti yang dijanjikan, entry kali ni akan memberikan sedikit info berkaitan Bukit Merah Lake town Resort. Aku dan hubby ke sini sempena meraikan anniversary kami ke-4.

Jom tengok aktiviti yang boleh dijalankan di sana. Actually, nak masuk ke sini x dikenakan bayaran, viewnye cantik. kalau nak masuk tempat2 aktiviti kene la bayar...xkn free kot; Aku excited bukan apa.. kagum pemiliknye org melayu kita Dato Mustafa Kamal... bukan pelakon tu tau heheh... aku pun ingat pelakon tu mula2, mujur ada buletin kat dlm hotel yg aku dok tu pasal owner tempat ni... kalau tak salah fahaman..huhu

Kalau terus masuk tempat rekreasi, view yang boleh kita nikmati... pemandangan free..hehe..duduk tepi tasik layan....

pemandangan sekitar tasik mendamaikan....huhu..
resort tepi tasik ni kalau tak salah RM800 satu malam


walkaway... sekitar tasik.. bestnye dapat dukung,..

Jeti untuk naik bot ke pulau orang utan

Jeti..

Jom tengok bilik pulak, part 2 kita tour aktiviti kat sini, okay.





Kitaorang ambik bilik superior.. berbaloi gak la ada queen bed dengan 2 katil untuk kanak-kanak.
Sorry, bilik bersepah.. baru teringat nak ambik gambar.. time nak balik.

Oleh kerana bilik kita orang aras bawah..sangat dekat dengan swimming pool.. jom mandi-manda lagi. takde orang sebab semua orang serbu water park.

Part 2 nanti kita tengok gambar2 aktiviti outdoor plak k...

Wednesday, 8 February 2012

Choc -a-Nut

Today... choc moist cake.. plus choc ganache with crunchy nuts...



entry lepas dh janji nk upload gmbr trip ke bukit merah.. belum ada masa lg.. will do very soon:

Friday, 3 February 2012

simple cake for simple heart...

assalamualaikum.

semalam, 2.2.2012 adalah anniversary aku dan suami yang ke empat so this year tahun kelima.. sekejapnye masa berlalu.. x la kejap sangat hehe.. seperti pasangan suami isteri yang lain pastinya kebahagian yng diharapkan. semoga Allah memperkenankan doa2 dan harapan para isteri semua...yang pasti semuanye untuk kebaikan keluarga, amin.

sempat juga aku deco kek yg simple just sbg tanda meraikan, kami suami isteri berpakat agar tarikh ini dijadikan event famili kecik kami ini, sbg tanda syukur. hari ni kami gi bercuti cuti malaysia... bukit merah... gmbar2 menarik akan sy update kemudian k.. tengok kek simple ni dulu: tata...