Love cakes

Love cakes

Saturday, 24 November 2012

Kek Russian Black and White

Perkongsian kali ni menunjukkan antara dekorasi yang boleh diaplikasikan di atas kek tersebut di atas untuk sambutan hari lahir okeiiii...:-) minggu ni kbetulan banyak yang order kek russian b&w nih... kek ni begitu kaya dengan rasa coklat dan keknye tebal..mkn sepotong nipis dah kenyang...huhu... sape x suka coklat bleh keluarkan kek ni daripada list order kih..kih... ;-)

Pada mulanya customer nak konsep ultraman vs raksasa edible image, oleh kerana berminggu minggu cr merata kedai di sekitar kediaman xde pulak stok gambar yang diingini.maka keputusan dibuat untuk deko menggunakan figurine lerr... terjumpa pulak ultraman kenit..raksasa kene la buat sendiri... okay tak raksasa ciptaan i... ganas comel gituu...kih.kih... kek ni dipasangkan dengan cupcake tema ultraman juga seperti permintaan cust. sarina saleh, tqvm dear!

kek berdekorasikan angry bird pula tempahan dari birasku zuraida untuk anak buahnya...:-). tu je.. bye... oo. ye...jgn lupa menderma dan berdoa untuk saudara seislam di palestin tau... hingga jumpa lg.. makesure do something for them... tqvm.








Wednesday, 21 November 2012

cokolat dan lain2

waaa....sungguh malas tajuk tu... huhu..... nak share gambar je entry kali ni.. coklat yang ditempah oleh ros utk hadiahkan kepada kawannya yang akan bertunang, ada gambar cupcake anniversary tempahan kak ina yg mahukan elemen komuter untuk mengimbau kenangan saat berkenalan dengan hubby nye....pastu kek russian black and white tempahan biras untuk ayahanda nun jauh di nibong tebal dan juga red velvet tempahan dari sepupu untuk mak lang..... hikhikkk...
 kurang rajin pulak nk berceloteh sejak menjak ni... dok teringat saudara semuslim kat palestin sana....dibedil oleh Israel laknatullah!... :-/ menncikk.....aku xmampu berbuat apa kecuali doa dan sedekah ciput je pulak tu huhu..... korang buat la sesuatu ye utk saudara kita kat sana sob..sob..={









Tuesday, 6 November 2012

Brownies layer cheese kukus

Tempahan dari radzwan untuk jamuan perpisahan rakan sepejabat brownies layer cheese dengan deco yang diminta (basket waeve + strawberry) dan juga muffin coklat... sangat yummmyy... wan siap post kt fb ""sedap sangat kek kakak.."... Alhamdulillah!

jom tengok deco apa yang diminta :-)



gambar muffin lupa nak ambik huhu.....

kat bawah ni tempahan dari shida Puchong, untuk majlis sambutan hari lahir di sekolah...shida ni buat part time mcm event planner, keje sebenar interior designer. kek choc moist ni nak letak kat 16 meja...tempahan kek paling simple katanya. Thank you shida. Sempat juga shida buat tempahan untuk sambutan birthday nye, request dari encik hubby shida hehe... rainbow cake.



Thursday, 1 November 2012

Barbie Muslimah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Entry kali ni nak kongsi gambar kek barbie tempahan dari jiran sebelah rumah je hehe.. anaknya suka tema princess untuk birthday cake.. ibunya kata selalu order kek yang ada gambar princess, so this year sy suggest kek barbie ni untuk surprise kan si kakak ni..maklumlah ibunya menunggu hari je nak bersalin, pasni anak jiran ni dah jadi kakak :-) ......

Diselitkan juga gambar kek rainbow separuh adunan yang dekorasinya ala-ala ros (cream cheese) dan juga kek choc. moist dengan topping choc. ganache dihiaskan dengan edible image Ben 10, kedua-duanya tempahan ros dari petaling jaya untuk mak dan anak tersayang.







Saturday, 27 October 2012

Salam Aidiladha 2012

Assalamualaikum..

Berlintas langsung dalam kereta depan Hospital Melaka dengan si kecik melekap di dada...tidur kepenatan.... hubby dan mak mertua je la yang turun tengok nenek kat wad...


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha..

dan nak kongsi gambar tempahan yang diterima sehari sebelum raya, kek carrot walnut, birthday rainbow cake and durian crepe... saje buat nak rasa sebab ramai yang tanya... tp x sanggup nak jual coz mahal kosnya pak..duriannya susah sekali mahu cariiinnn....:-) bye.... tangan dh lenguh pgang tab....bye...




Friday, 12 October 2012

Rindu kengkawan di MOSTI

Assalamualaikum....

Tetiba rindu kat kengkawan ofis masa keje kat MOSTI dulu.... mosti stands for Ministry of Science, Technology & Innovation... bahasa melayu nyerr.. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi... 3 tahun gak la aku keje kat situ.. member2 yg satu bahagian pulk lebih kurg sebaya time tu.. kepala mereng2 pun layan..pressure2 gak tp ada kengkawan camni kira setellll...

tadi baru hantar cupcake yang depa tempah, Pn. Norjanah belanja..otai tu.. paling lama berkhidmat kt bahagia industri tempat aku keje suatu ketika dulu..kih..kih... mcm lama benar, padahal baru hampir 10 bulan meningglkn mosti hehe... dr awal pembabitan ku dlm bisnes ni x jemu2 diaorg mkn cupcake aku hihi... insyaallah mungkin menepati citarasa diaorg selain support kawan2 hehe... kalau x sedap sapa nk berulang kali belikan? betul tak?  hehe..

Rindu la nk bergurau senda dgn korang.. tp x rindu nak keje kat situ... aku dah all out kt situ so xde apa nk drindukan bkenaan dgn kerja.. yg tinggal hanyalah kerinduanku kepada persahabatan kita ;-)

ni la order dari kengkawan ex office buat yg ke berapa kali.. x tahu la.. dh byk kali.. kali ni aku campur, ada red velvet, coklat and oreo cuppies.



thank you very much you all.... miss you! nak sebut nama ramai sangat heheheeee.. kenang daku dalam doamu ececehhhhh...

Wednesday, 10 October 2012

Kita buat dia...

Hai..

Dalam menyiapkan tempahan hari ini akak tersilap dik non... mujur suami akak ingat apa yang akak tulis dalam buku order huhu....x sia2 habit akak suka minta hubby tgk kek setiap kali buat utk dpt second opinion bak kata org puteh :-) ini tempahan red velvet dari seorang suami utk wife yang namanya ain.. akak nak cepat tertulis ina.. kui...kui.. mujur suami tegur.. 'bukan ain ke? kang gaduh laki bini sebb kek'.. kata laki akak... lantas berlari tgk buku order.. yerrr larrr... adooii.... camno??!?



jeng..jeng.. dengan penuh macho dan keunggulan akak renovate haha...kita buat dia, bukan dia buat kita..bak kata org melayu.. ;-D



luka dihati siapa yang tahu..tetiba.. yang ni x luka.. ni namanya namamu sentiasa di hatiku sayang haha...

bye!

Tuesday, 9 October 2012

Sharing gambar lagi..

Just short entry untuk sharing gambar2 yang sempat ambik.. banyak yang lupa huhu.. :-)


Kebetulan ada dua order untuk red velvet dalam satu hari,
 tq zuraida (preggy mom) dan halimah (untuk besday hubby)

Tempahan nak makan2 dari ex-officemate
Red velvet and Rainbow Cupcake

Choc. Moist dengan deco angry bird yang mendapat sambutan hangat.

Bukan untuk dijual..sekadar penyejuk mata... buah hati ibu.. muahhh!



Wassalam.

Memaafkan

Assalamualaikum..

Topik yang dipilih untuk entry kali ni ada kaitannya dengan pengalaman lalu dan juga paling terdekat..nak story kat u ollss...

Minggu lepas i terkejut berukksss....tengah santai-santai tengok facebook... tetiba macam kenal jerr gambar nihhh... ada la seorang manusia nih upload kat fb gambar kek barbie muslimah yang dibeli melalui adiknya dariku.... yang aku musykil tu.. ada gak org camni... dah lerr add aku mestila ada kemungkinan aku terbaca status dia kan..kelakar la... dia mngaku kat fb tu dia yg buat kek tersebut...dan sesiapa nak order hubungi dia.. makkkk aii.... sodapnye gune hasil karya org lain utk promote bisnes sendirik..... kalau niat dia nak jadi agen takpe la jugak.. tapi kalau tu niat ko memang nak untung atas angin je la kan... dalam perasaan yang bercampur baur..bengang  la jugakkan.. tapi aku pun x nak memanjangkan cerita, gasak ko la.. kalau ko boleh buat... ada org tempah nanti ko buat la yerr.. menyesal bagi harga murah, aku jual masa tu Rm65 ke 70 tak ingt sebab dah beberapa bulan jugak la kek tu diaorg beli dariku.... tapi wajah hasil karya aku takkan lupa sebb semua gambar aku simpan... sedih........... siap hantar lagi....coz aku terlupa buat part lengan dia.. jadi macam tak muslimah sangat la pulakkan... kalau ikutkn x jejas apa pun kek tu tapi sebb rasa bertanggungjawab ku turunkan harga tanpa diminta, padahal kengkawan punye pasal memang dah bagi harga runtuh dah seperti yang dijanjikan iaitu RM90 mmg dh murah giler untuk harga kek barbie muslimah yang siap platform.. dekat 3kg gak la beratnye... adik dia yg tempah tu junior masa sekolah menengah dulu.. so bagi la harga kengkawan.. tapi kakak dia pulak buat sengal kat aku camtu.. mungkin kakak dia tak sengaja.. sangat excited dengan kek tu hahaha........ tak sangkakan... pasni no diskaun.. Barbie dgn platform RM120... Murahkan... kalau org lain dah 200++++ dah aku survey...
inilah kek kontroversi tu huhu....




ini pulak yg di upload oleh si polan....ada la dlm beberapa keping gambar dia upload semua promote kek tu sesiapa nak boleh tempah kat dia dan yg penting dia kata kek tu sedap.. sejuk hati i...:-) elok la tulisan x bleh baca..i dah tolong sorokkan sesiapa yang berkenaan... x berniat nk memalukan sesiapa sekadar buat peringatan supaya lebih berhati-hati di dunia yang fana nih..






Sabda Nabi Muhamad SAW: "Mahukah kamu, aku  memberitahu kamu sesuatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian?"

Sahabat pun menjawab: "Ya, wahai Rasulullah."

Baginda bersabda: "Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah ikatan silaturrahim terhadap orang yang memutuskanya terhadap kamu"

Maka berlapang dada lah di atas segala yang berlaku..dan senyum la aku sendirian.. agar ada ganjaran buatku kelak.

Amin.

Wednesday, 26 September 2012

Kekejuan hidup...

assalamualaikum...

menerima khabar sahabat baik menerima rawatan di hospital telah hampir dua bulan. amat meresahkan dan tidur pun masih memikirkan.. kerana sezaman yang berlalu telah kita harungi saat suka duka bersama. mana mungkin hati tenteram... pada Allah jualah kami panjatkan doa agar segala yang terbaik buat hamba2 Nya.

seringkali kita ini tidak benar-benar merasakan nikmat sesuatu kejadian mahupun peristiwa sehingga ianya pergi menjauh dan hilang untuk kita terus nikmati dan miliki... saat itu kesedihan datang menjengah yang kadangkala keperitannya terasa sehingga ke lubuk hati yang paling dalam..seumur hidup untuk melupakan... namun dalam kesedihan itu seolah-olah ada tali yang dicampakkan untuk kita mengikat diri daripada terus tenggelam dengan nikmat duniawi yang sememangnya tidak pernah kita miliki malahan hanya dipinjamkan... kita bagai ditarik-tarik agar lebih dekat padaNya.. namun adakah kita sedar?.. dalam keadaan apapun Dia tetap dekat dengan kita namun kita yang seringkali menjauh daripadaNya... sedangkan dariNya kita berasal dan kepadaNya jua kita akan kembali.... mohon la dariNya...

Firman Allah SWT : 'Dan jika hamba-hambaku bertanya tentang Aku, maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku dekat. Aku akan kabulkan doa orang yang berdoa kepadaKu. (Al-Baqarah 2:186)


monolog di malam hari untuk renungan bersama.....

kekejuan hati yang lembut bagai kapas....;-)

Japanese Cotton Cheesse Cake yang sangat lembut dan gebu
penuh dengan rasa keju.. gambar adalah setengah adunan

Blog ni dah rasa macam diari untuk meluahkan perasaan... baru boleh tidur lena... dah syer perasaan yang terpendam dan penuh makna.

wassalam.

Wednesday, 19 September 2012

Pujian

Assalamualaikum semua.

Tajuk hari ini sengaja aku pilih, mungkin boleh dijadikan renungan juga untuk kita fikirkan bersama... dalam serba kekurangan diri ini belajar sedikit demi sedikit kemahiran serba serbi berkaitan kek samada dari segi teknik membakar, resepi, dekorasi dsb. banyak yang aku pelajari melalui penggunaan internet sahaja.. Alhamdulillah tidak sukar bagi ku untuk mempelajarinya mungkin itu kelebihan yang Allah berikan kepada ku dalam entah berapa ribu mahupun jutaan nikmat yang dilimpahkan olehNya buat hamba yang hina dina dan serba kekurangannya ini...

Dalam pada meniti hari-hari itu...banyak juga ku terima pujian yang menyatakan kepuasan hati pelanggan di atas kek yang dibuat oleh ku.. lebih membuatkan ku terharu apabila pelanggan yang mengucapkan terima kasih kerana buatkan mereka kek yang sedap dan dekorasi yang cantik... ada juga yang telefon dan mesej menyatakan kagum dengan hasil tanganku... Allahuakbar... mungkin mereka tak sangka aku ada bakat mendekorasi kek maklum la belajar civil engineering.. ke lain pulak bidang yang kau minat rupanyer... 360 degree tak tepat huhuu.... melangit benar rasanya pujian seperti itu buatku yang masih mentah dalam bidang ini...  kadang kala teramat malu untuk dikongsikan melalui penulisan.. kerana semuanya pinjaman Allah... mungkin esok lusa boleh jadi kek itu sedap atau sebaliknya... kerana nikmat yang diberikan kepada manusia itu berbeda-beda...

Alhamdulillah, entry kali ini ingin ku kongsikan beberapa dekorasi antara tempahan yang diterima... gambar yang mana sempat ambik je...selitkan juga pujian dari pelanggan.. kepuasan pelanggan kegembiraan ku.. kalau pelanggan complaint memang tak boleh tidur malam... first time masukkan pujian orang.. sesuaaaiiii ke...??? Pujian ini hanyalah untuk tujuan promosi tiada niat membangga diri.. insyaallah..



Tempahan choc.moist cake nak deco simple je.. tapi tak lengkap rasanya tanpa dekorasi
kerana tangan ini suka sangat nak deko kek, saat yang ditunggu-tunggu.

Kek Rainbow ini tempahan dari Rini dari BBR Design International
untuk sambutan hair lahir staff bulan september.. katanya ramai puji kek sedap,
deko cantik dengan kombinasi warna.. boss kata exotic cake.

Ini percubaan pertamaku... Blueberry cheese tart... sebenarnya dah lama nak buat baru hari ni rajin
itupun sebab nak cuba dekorasi tart tu macam best jerr.... shell tu aku beli jerr... cume buat filling dengan deko, menjadi! bukan untuk dijual.. just makan2 lagipun buat untuk pot luck en.suami ada jamuan di ofis.

Sampai disini dulu ye... segala yang baik itu dari Allah, dan segala kekurangan itu adalah dari kelemahan ku sendiri..

Wassalam.

Monday, 10 September 2012

Happy Birthday anak ibu

Hari ini 10 September 2012, Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Kedua..Nur Kaisah Insyirah Binti Mohamad Fuad... masih segar diingatan pada 6.50 petang 1 Syawal tahun 2010 anak ibu dilahirkan.

Semoga anak ibu menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Amin.


Special ibu buatkan kek untuk anakanda tersayang .. Russian Black and White Cake ;-)

kek choc moist yang dilapisi coklat ganache dan cream cheese
yang diperkayakan lagi dengan rasa coffee...yummmyyyy..


topping coklat ganache

kaisah dan atuk, lama atuk jaga kaisah dari baby hingga setahun lebih,
sekarang ibu pulak jaga kui..kui...



Kaisah yang teringin nak jadi baby tecik lagi..uwweeerkkkkk!!!!...... muahhhhhh!
aloolooll baby...tomei..tomei...
Lots of love!